Blogger Layouts

Saturday, October 27, 2012

Pesona Minda - satu permulaan



Aku kongsikan karya ini sebagai motivasi diri untuk terus menulis. Sajak ni menang tempat ketiga Pertandingan Penulisan Kreatif Inter Kolej UPM 2012. Sudi terima kritikan & komen untuk menjadi lebih baik...

PESONA MINDA

Kita cendekia muda
Wajar kita buka minda
Menorobos awan menjangkau kemilau angkasa
Menggapai cemerlang bintang amanat
Demi sebuah wawasan bangsa

Apa ilmu kita ada
Benih saktinya kita semai  ke serata benua
Jangan dinoktahkan intelek sekadar di helai bacaan
Buat mainan  hafalan  di tepian bibir
Bajai ia dengan pekerti akal budi
Agar harum kuntumnya menjadi sebutan
Jika tegap pohonnya boleh sama menumpang teduh

Kita wewira perobah
Penentu rona warna tamadun bangsa
Jangan sekadar mendeklamasi puisi berani
Andai bukan omongan bernada sendu
Lagukanlah ia ke pentas dunia
Biar mereka terkesima
Melodi yang  menggamit,  memukau sejagat


Jangan kita leka
dihanyut arus lara
Mencemar masa dengan lendir dosa
selama alam  ini bernyawa
sudi menumpangkan  ruangnya
selagi masih  kita hela nafas  belia
selagi itu waktu setia merelakan  
mengutip khazanah  ilmu pesona minda
buat kita mengisi kekosongan  ruang dada
menambah erti hidup cendekia muda
kepada sebuah  negara

Wednesday, October 17, 2012

Hujan Batu di Negeri orang, Hujan Emas di Negara kita


Alhamdulillah..
Allah izinkan aku untuk berada & belajar banyak perkara kat Kanada ni..
Sekarang dh msuk 1bulan stengah..Dapat merasa salji n panorama ladang gandum mcm dlm movie Smallville..Tu sampingan/bonus utk aku lpas hmpir 4 thn b'hempas pulas utk ijazah Sains Pertanian..

Masyarakat Kanada vs Masyarakat Malaysia
Masyarakat di sini rata2 b'asal dari kluarga peladang & mereka hidup sgt2 susah pada generasi awal. Smakin lama, smakin senang sbb dpt pulangan lumayan..alah..lebih kurang kisah Felda Malaysia. Kehidupan sbg anak2 peladang sgt mencabar tapi akhirnya b'jaya m'bentuk peribadi yg unggul dlm pembangunan insan.
Sebagai contoh, aku punya CEO, Mr Rodney..Dia msh hrgai alam sekitar, hormat ibubapa & masyarakat & profesional dlm hubungan intra/interpersonal..Mereka amalkan budaya inovasi & 'problem solving', dan x t'lalu b'gntung pada kerjaan..Sebaliknya itu yg b'laku pd rakyat Malaysia scr khususnya orang Melayu.
Dari budaya inovasi & problem solving, lahirlah ciptaan2 yg dgunapakai dunia & sbhgian dari mereka b'inisiatif utk patenkannya. Jentera mereka besar2 sbb ldgnya luas & mereka hebat dlm logistik. Jiwa & mereka kental kerana b'hdpn cuaca yg ekstrim, angin kencang, ribut salji..Mereka tak boleh menangguh krja krn boleh t'jejas skelip mata dsebabkan cuaca. Malaysia harus bersyukur dengan cuaca yg harmoni cuma perlu gunakan sumber yg ada & etika kerja yg baik utk trus b'saing di pentas dunia.




             "dirgahayu Malaysia Tanah Airku" 


Wednesday, September 19, 2012

langit biru

nun di atas ada langit
langit biru awannya mulus
tidak  bertiang tempat bertongkat
masih setia payungi alam
tanda sayang berpanjangan

Andai rasa sekelumit galau 
langit biru penyejuk kalbu
penyegar minda yang bercelaru
Bikin hati senyum tak jemu

Jangan sedih kalbu rindu 
lihat  nun di atas
langit masih di situ
masih dengan harapan2nya
yang kita hendak tuju 

Journey to Canadian Prairies

Fuh..sanggup aku buang masa utk upload photo n update status bagai2 sbb gmbira dapat menjejak kaki ke negeri Daun Maple, Kanada dengan izin Allah..Tak pernah aku rancang sbb fikir2 nk jimat duit n xnk jauh dh ngn famili..tapi Allah Maha Kaya, rzeki aku amek pluang gnti kawan xjd nk gi..trus isi borg n interview 7 minit ngn pnyelaras latihan industri n kmudiannya diterima oleh pihak HELP International..Seterusnya mulala episod kumpul duit n p'mohonan visa. Alhamdulillah dpt sponsor dari pnsyarah2, staf K13, Pusat zakat UPM n Pahang, Yayasan Pak Rashid, my big boss (En. Hamdan), UPM n indvdu2..

Knapa aku t'tarik ngn tmpat ni?
sbb aku rs tmpat ni ssuai ngan jiwa aku yg suka bnda2 susah n aku kna ngaku tu habit aku..aku xbley menidakkan n aku xbleh anggap tu satu klemahan tp pluang utk aku ke hadapan..jgn rs pelik okies..
Kat HELP international, aku bleh aplikasi multitasking PKP aku tmbh kerja2 research yg lbatkan bnda2 akdemik..so, aku boleh full utilized n squeeze ilmu dlm kliah n luar kuliah...then aku dpt blaja bnda baru..greentechnology n dpt t'lbt ngn new inventions kat sini..Sjujurnya ni my dream place mcm citer 3 idiots..pnuh ngn ilmu2 n ciptaan/tknologi utk dpatenkan..

Inspiring CEO
CEO sini namanye Rodney Sidloski, kturunan Ukraine..Aku kagum ngn beliau dr segi latar blakang n pngurusan tempat ni smpai bley bw pringkat antarabangsa. Dia xblaja tinggi mn n b'asal dari kluarga pladang.Tp punya visi n aspirasi besar utk ubah dunia slpas b'khidmat di Afrika..Dia xsuka cara fikir masyarkt moden & lbey hargai alam skitar n percaya sampah xseharusnya ada kat muka bumi.Sebb tu dia bangunkan tknologi zero waste. Dia tnjuk n ajar sndr smua 40 tknologi yg ada kat sini mlalui pndekatan beliau Lead From Behind...apekebenda tu jang..haha..rnung2kan..

Untuk maklumat lnjut, cekidaut fb saya!! syafik hamdan-- syafikhamdan@gmail.com