Blogger Layouts

Saturday, October 27, 2012

Pesona Minda - satu permulaan



Aku kongsikan karya ini sebagai motivasi diri untuk terus menulis. Sajak ni menang tempat ketiga Pertandingan Penulisan Kreatif Inter Kolej UPM 2012. Sudi terima kritikan & komen untuk menjadi lebih baik...

PESONA MINDA

Kita cendekia muda
Wajar kita buka minda
Menorobos awan menjangkau kemilau angkasa
Menggapai cemerlang bintang amanat
Demi sebuah wawasan bangsa

Apa ilmu kita ada
Benih saktinya kita semai  ke serata benua
Jangan dinoktahkan intelek sekadar di helai bacaan
Buat mainan  hafalan  di tepian bibir
Bajai ia dengan pekerti akal budi
Agar harum kuntumnya menjadi sebutan
Jika tegap pohonnya boleh sama menumpang teduh

Kita wewira perobah
Penentu rona warna tamadun bangsa
Jangan sekadar mendeklamasi puisi berani
Andai bukan omongan bernada sendu
Lagukanlah ia ke pentas dunia
Biar mereka terkesima
Melodi yang  menggamit,  memukau sejagat


Jangan kita leka
dihanyut arus lara
Mencemar masa dengan lendir dosa
selama alam  ini bernyawa
sudi menumpangkan  ruangnya
selagi masih  kita hela nafas  belia
selagi itu waktu setia merelakan  
mengutip khazanah  ilmu pesona minda
buat kita mengisi kekosongan  ruang dada
menambah erti hidup cendekia muda
kepada sebuah  negara

Wednesday, October 17, 2012

Hujan Batu di Negeri orang, Hujan Emas di Negara kita


Alhamdulillah..
Allah izinkan aku untuk berada & belajar banyak perkara kat Kanada ni..
Sekarang dh msuk 1bulan stengah..Dapat merasa salji n panorama ladang gandum mcm dlm movie Smallville..Tu sampingan/bonus utk aku lpas hmpir 4 thn b'hempas pulas utk ijazah Sains Pertanian..

Masyarakat Kanada vs Masyarakat Malaysia
Masyarakat di sini rata2 b'asal dari kluarga peladang & mereka hidup sgt2 susah pada generasi awal. Smakin lama, smakin senang sbb dpt pulangan lumayan..alah..lebih kurang kisah Felda Malaysia. Kehidupan sbg anak2 peladang sgt mencabar tapi akhirnya b'jaya m'bentuk peribadi yg unggul dlm pembangunan insan.
Sebagai contoh, aku punya CEO, Mr Rodney..Dia msh hrgai alam sekitar, hormat ibubapa & masyarakat & profesional dlm hubungan intra/interpersonal..Mereka amalkan budaya inovasi & 'problem solving', dan x t'lalu b'gntung pada kerjaan..Sebaliknya itu yg b'laku pd rakyat Malaysia scr khususnya orang Melayu.
Dari budaya inovasi & problem solving, lahirlah ciptaan2 yg dgunapakai dunia & sbhgian dari mereka b'inisiatif utk patenkannya. Jentera mereka besar2 sbb ldgnya luas & mereka hebat dlm logistik. Jiwa & mereka kental kerana b'hdpn cuaca yg ekstrim, angin kencang, ribut salji..Mereka tak boleh menangguh krja krn boleh t'jejas skelip mata dsebabkan cuaca. Malaysia harus bersyukur dengan cuaca yg harmoni cuma perlu gunakan sumber yg ada & etika kerja yg baik utk trus b'saing di pentas dunia.




             "dirgahayu Malaysia Tanah Airku"