Blogger Layouts

Saturday, October 27, 2012

Pesona Minda - satu permulaan



Aku kongsikan karya ini sebagai motivasi diri untuk terus menulis. Sajak ni menang tempat ketiga Pertandingan Penulisan Kreatif Inter Kolej UPM 2012. Sudi terima kritikan & komen untuk menjadi lebih baik...

PESONA MINDA

Kita cendekia muda
Wajar kita buka minda
Menorobos awan menjangkau kemilau angkasa
Menggapai cemerlang bintang amanat
Demi sebuah wawasan bangsa

Apa ilmu kita ada
Benih saktinya kita semai  ke serata benua
Jangan dinoktahkan intelek sekadar di helai bacaan
Buat mainan  hafalan  di tepian bibir
Bajai ia dengan pekerti akal budi
Agar harum kuntumnya menjadi sebutan
Jika tegap pohonnya boleh sama menumpang teduh

Kita wewira perobah
Penentu rona warna tamadun bangsa
Jangan sekadar mendeklamasi puisi berani
Andai bukan omongan bernada sendu
Lagukanlah ia ke pentas dunia
Biar mereka terkesima
Melodi yang  menggamit,  memukau sejagat


Jangan kita leka
dihanyut arus lara
Mencemar masa dengan lendir dosa
selama alam  ini bernyawa
sudi menumpangkan  ruangnya
selagi masih  kita hela nafas  belia
selagi itu waktu setia merelakan  
mengutip khazanah  ilmu pesona minda
buat kita mengisi kekosongan  ruang dada
menambah erti hidup cendekia muda
kepada sebuah  negara

Wednesday, October 17, 2012

Hujan Batu di Negeri orang, Hujan Emas di Negara kita


Alhamdulillah..
Allah izinkan aku untuk berada & belajar banyak perkara kat Kanada ni..
Sekarang dh msuk 1bulan stengah..Dapat merasa salji n panorama ladang gandum mcm dlm movie Smallville..Tu sampingan/bonus utk aku lpas hmpir 4 thn b'hempas pulas utk ijazah Sains Pertanian..

Masyarakat Kanada vs Masyarakat Malaysia
Masyarakat di sini rata2 b'asal dari kluarga peladang & mereka hidup sgt2 susah pada generasi awal. Smakin lama, smakin senang sbb dpt pulangan lumayan..alah..lebih kurang kisah Felda Malaysia. Kehidupan sbg anak2 peladang sgt mencabar tapi akhirnya b'jaya m'bentuk peribadi yg unggul dlm pembangunan insan.
Sebagai contoh, aku punya CEO, Mr Rodney..Dia msh hrgai alam sekitar, hormat ibubapa & masyarakat & profesional dlm hubungan intra/interpersonal..Mereka amalkan budaya inovasi & 'problem solving', dan x t'lalu b'gntung pada kerjaan..Sebaliknya itu yg b'laku pd rakyat Malaysia scr khususnya orang Melayu.
Dari budaya inovasi & problem solving, lahirlah ciptaan2 yg dgunapakai dunia & sbhgian dari mereka b'inisiatif utk patenkannya. Jentera mereka besar2 sbb ldgnya luas & mereka hebat dlm logistik. Jiwa & mereka kental kerana b'hdpn cuaca yg ekstrim, angin kencang, ribut salji..Mereka tak boleh menangguh krja krn boleh t'jejas skelip mata dsebabkan cuaca. Malaysia harus bersyukur dengan cuaca yg harmoni cuma perlu gunakan sumber yg ada & etika kerja yg baik utk trus b'saing di pentas dunia.




             "dirgahayu Malaysia Tanah Airku" 


Wednesday, September 19, 2012

langit biru

nun di atas ada langit
langit biru awannya mulus
tidak  bertiang tempat bertongkat
masih setia payungi alam
tanda sayang berpanjangan

Andai rasa sekelumit galau 
langit biru penyejuk kalbu
penyegar minda yang bercelaru
Bikin hati senyum tak jemu

Jangan sedih kalbu rindu 
lihat  nun di atas
langit masih di situ
masih dengan harapan2nya
yang kita hendak tuju 

Journey to Canadian Prairies

Fuh..sanggup aku buang masa utk upload photo n update status bagai2 sbb gmbira dapat menjejak kaki ke negeri Daun Maple, Kanada dengan izin Allah..Tak pernah aku rancang sbb fikir2 nk jimat duit n xnk jauh dh ngn famili..tapi Allah Maha Kaya, rzeki aku amek pluang gnti kawan xjd nk gi..trus isi borg n interview 7 minit ngn pnyelaras latihan industri n kmudiannya diterima oleh pihak HELP International..Seterusnya mulala episod kumpul duit n p'mohonan visa. Alhamdulillah dpt sponsor dari pnsyarah2, staf K13, Pusat zakat UPM n Pahang, Yayasan Pak Rashid, my big boss (En. Hamdan), UPM n indvdu2..

Knapa aku t'tarik ngn tmpat ni?
sbb aku rs tmpat ni ssuai ngan jiwa aku yg suka bnda2 susah n aku kna ngaku tu habit aku..aku xbley menidakkan n aku xbleh anggap tu satu klemahan tp pluang utk aku ke hadapan..jgn rs pelik okies..
Kat HELP international, aku bleh aplikasi multitasking PKP aku tmbh kerja2 research yg lbatkan bnda2 akdemik..so, aku boleh full utilized n squeeze ilmu dlm kliah n luar kuliah...then aku dpt blaja bnda baru..greentechnology n dpt t'lbt ngn new inventions kat sini..Sjujurnya ni my dream place mcm citer 3 idiots..pnuh ngn ilmu2 n ciptaan/tknologi utk dpatenkan..

Inspiring CEO
CEO sini namanye Rodney Sidloski, kturunan Ukraine..Aku kagum ngn beliau dr segi latar blakang n pngurusan tempat ni smpai bley bw pringkat antarabangsa. Dia xblaja tinggi mn n b'asal dari kluarga pladang.Tp punya visi n aspirasi besar utk ubah dunia slpas b'khidmat di Afrika..Dia xsuka cara fikir masyarkt moden & lbey hargai alam skitar n percaya sampah xseharusnya ada kat muka bumi.Sebb tu dia bangunkan tknologi zero waste. Dia tnjuk n ajar sndr smua 40 tknologi yg ada kat sini mlalui pndekatan beliau Lead From Behind...apekebenda tu jang..haha..rnung2kan..

Untuk maklumat lnjut, cekidaut fb saya!! syafik hamdan-- syafikhamdan@gmail.com

Saturday, December 10, 2011

L E L A K I

Aku pun tak tahu knapa nak post tajuk ni..slah 1 sbb adalah blog dh bersawang!
Barangkali boleh jadi panduan bukan je untuk aku tapi gentlemen luar sana..
Aku kutip2 maklumat ni dari beberapa sumber than terjemah kat sini..

Di bawah ni, toplist KARAKTER LELAKI YG BAIK untuk rujukan adik manis :
1.taat & patuh pada ajaran agama
2.hormati & hargai si dia
3.pegang pada kata2
4.moral yg baik
5.tahu berdikari
6.yakin & percaya diri
7.masa depan yg cerah
8.mampu bimbing & lindungi pasangan
9.menerima orang2 di sisi si dia
10.jujur & bertanggungjawab
11.setia

fuh..menyirap & berpeluh gak bila muhasabah diri..
ni pulak penilaian tahap kematangan lelaki..ciri2nya..jengjengjeng..!

i.Yakin bila ambil/buat keputusan
ii.berani bertanggungjawab
iii.hidup bermatlamat
iv.bergaul baik dgn orang lain
v.bijak ekspresikan diri

Berbanding ciri2 kat atas, yg kat bawah ni paling penting..10 Sifat Peribadi Mukmin;
1.akidah yg sejahtera
2.ibadah yg sahih
3.akhlak yg mantap
4.luas pengetahuan
5.sihat badan
6.mampu berdikari
7.melawan nafsu
8.sangat menjaga masa
9.tersusun urusan
10.bermanfaat kepada orang lain












dan turut juga diselitkan..berdasarkan hadis baginda, perempuan dinikahi atas faktor berikut:
i.harta
ii.keturunan
iii.kecantikan
iv.agama
adalah disarankan untuk memilih faktor iv kerana ia merangkumi segalanya dan mampu bawa bahagia dunia akhirat..insyaAllah..


& satu lagi..pergh..berapa bnyak nya ciri2!
yang ni pulak, sendi2 suami isteri bahagia:

i.iman dan takwa
ii.soleh dan solehah
iii.keturunan baik
iv.ilmu
v.t/jawab
vi.timbang rasa
vii. penyayang



Sebagai penutup, harapnya dapat menjadi panduan untuk tempuhi masa depan. Selamat selami alam dewasa..haha

Sunday, August 21, 2011

BECAUSE IT MY OBLIGATION..

My father told me once,"Nor, listen carefully to what I am going to say.Now I send you to school, not to get you rich or what, but it is just to fulfill my obligation as a father.I want you to learn how to read and write as much as you can so that you will not be like your mother and me.We cannot even tell the bus that can take us to Kuala Krai without getting help from others.when it is time for me to pay the quit rent of our land, you have to inform me for you can read the deadline written on the receipt".That advice, I understood very well.I promised my father not to fail him.

The above paragraph was taken from a book written by Prof Dr Shamsuddin Jusop: Dream & Reality a memoir.It gives significant meaning to me as my father hopes the same thing from me.For him, his life is dedicated to his children as he doesn't want us facing the same situation as he did.His father died when he was eight years  old which then caused her mother by herself had to feed  10 children..He was a bright and brilliant student but due to the financial problem, he couldnt pursue his study in tertiary level.My mom also couldnt finish her study but she able to read and write..what a superb advantages compared to others..

The important lesson here is I must be thankful for what i am now.I got the chance to explore this world in my tertiary education and all my siblings able to get formal education.It is simply because of my father.He works hard for us so that we will be someone, at least better than him.Besides working as a government servant, he also working on paddy field, rubber estate, oil palm farm and rearing cows.At the same time, always he remembering us on how important to remember our root and to pray on time.He doesnt talk much but always inspiring us through his attitude so that we able to think and choose by ourselves what's the best. He always advice us to do our best and try to achieve the highest level in our study either in academic  or religious knowledge before  entering the job world.



The best word to describe him is 'he is a good guru' as he keeps train and teach me to be better than him.He also teaches me in order to be excellent, we must have passion which is "the flame inside of us".Thats why we must have good intention in everything we do and must not think we want to be excellent because we want to be famous.

My father is my hero, my icon, my idol, and my bestfriend ever.His contribution to raise me up is uncountable and unpaidable. Always I pray for him and thank Ayah for always understand and keep me on the right track.




 



Saturday, August 13, 2011

cuti sem dh nak habis...

alhamdulillah..masih bernafas dalam bulan ramadhan yang penuh barakah ni..
cuti semester dah nak hbs.rsnya banyak benda aku belajar n dapatla gak manfaat yg bernilai..
MULTITASKER! yeah..kerja sbg pkp,masuk lab utk fyp,blaja floral dipping ngan phd student dari iran,jd ajk program kolej,jual soya n nasi sahur,mnyelia tanam pokok di kolej..pengalaman berharga smua tu..
aku gembira sbb dberi peluang untuk buat kerja b'bayar utk sara diri..PKP can be a goog medium to develop ourselve n perhaps can be excellent career...muahaha..
from agriculturist to biotechnologist..n genetic engineer,insyaAllah,thats my plan..alhamdulillah,He make it happen.working on biology model plant(arabidopsis thaliana) is such an amaizing n exciting experience which in line with my dream to develop transgenic crop specifically oryza sativa..huhu..n given a chance to do it in a world class transgenic greenhouse..again alhamdulillah.. dan pokok2 di belakang kolej yang kami tanam,sjujurnya i put my heart in each of them.hopefully they grow well and become more extravaganza to the college landscape while giving fruit the next generation..i believe in 'what we give,we get back'! n it emulates sense of belonging among us,PKP..
Di sebalik smua tu,mak ayah n adik2 sentiasa di hati..i need time n space to improve myself in order to steer our family in future..yg penting, jgn pernah lupa asalusul..kita menanam padi bersama2 dan kita membesarkan lembu2 kita bersama. doa dan keberkatan adalah sakti kita..hopefully our bonding remain tight.
Jatuh bangun telah mendewasakan abang long ni di samping sokongan mak ayah..

untuk peringatan peribadi dan yang sudi :-
"IKUTLAH RESMI PADI
SEMAKIN BERISI SEMAKIN TUNDUK
SEMAKIN BERILMU,
SEMAKIN WARAK, SEMAKIN ZUHUD
SEMAKIN TAKUT KEPADA ALLAH
& SEMAKIN BERTAMBAH IBADATNYA.."




"SIAPA YANG BERTAMBAH ILMUNYA
TETAPI TIDAK BERTAMBAH ZUHUDNYA,
SESUNGGUHNYA DIA TELAH BERTAMBAH JAUH DARI ALLAH.."