Blogger Layouts

Sunday, February 20, 2011

MAN IN THE MIRROR

-Dale Winbrow


Sekiranya anda berjuang dan mendapatkan apa yang anda mahu
dan dunia menjadikan anda raja sehari

Pergilah ke cermin dan tataplah dirimu
Dengarkanlah apa yang dikatakan orang dalam cermin itu
ia bukan bapa, ibu ataupun isterimu
yang selalu berpihak kepadamu

orang yang sangat berpengaruh terhadap dirimu
adalah orang yang menatapmu dari dalam cermin itu
ia adalah orang yang harus anda layani
kerana ia dan andalah yang akan menempuhi segalanya sampai akhir
dan anda berjaya melalui ujian terberat dan paling bahaya

Sekiranya anda dan orang dalam cermin tersebut berjaya menjadi kawan
anda boleh sahaja menipu seluruh dunia
serta membuat semua orang bertepuk tangan

Namun, yang anda dapatkan hanyalah sakit hati dan air mata...
sekiranya anda MENIPU orang di dalam cermin itu..
Jujurlah ketika Koreksi diri kita

Gonna Make A Change,
For Once In Life
It's Gonna Feel Real Good,
Gonna Make A Difference
Gonna Make It Right . . .







Starting With The Man In
The Mirror
Ask Him To Change
His Ways
And No Message Could Have
Been Any Clearer..







Thursday, February 17, 2011

Selagi Ayah Masih Ada....

Ayah xnak duit banyak2..
Ayah xnak pangkat besar2..
Ayah xnak barang mewah2..

Ayah dah bagi agama
Ayah dah bagi pelajaran
Ayah dah bagi pakaian baju
Ayah dah bagi cukup makan
Ayah dah bagi bagai2

Sementara ayah masih ada..
bahagi2kanlah masa untuk dia..
majukanlah usaha2 dia..
panjangkanlah silaturrahim dia..
kembangkanlah harta yang ada..
belajar2 untuk pelihara keluarga..

Sementara masih nafas dihela
kasihilah dia
kerana..
hidup dia hanyalah untuk keluarga..
tiada selainnya..
Biarlah kita harungi hijau itu bersama kerana ia manis





















Sunday, February 13, 2011

SAYA JATUH DAN SAYA MULA DARI SIFAR

Semua orang pernah jatuh. Semenjak dari kita dari bertatih belajar untuk berjalan sehingga dewasa.Jatuh itulah yang mendewasakan kita xkira seteruk mana yang kita rasa, samaada hanya tersadung tunggul;tersempat lalu kepala mengenai batu ;mahupun terjerumus dalam gaung yang gelap membuatkan diri berasa lemas..Itu namanya UJIAN..sudah tersurat.Untuk kita ungkai yang tersirat..untuk kita nikmati kemanisan buah hikmah andai setulus hati kita muhasabah akan ia..

Otak aku cedera lagi..itulah ujian buat aku.Frasa itu hanya simbolik kepada kekompleksan pemikiran yang berlaku dalam kepala ini dan menggambarkan kekompleksan penciptaan otak itu sendiri.Sehebat mana komputer yang dicipta oleh manusia, xkan termampu juga untuk menandingi seketul organ yang ada hipotalamus tuh..Bagi Allah, itu amat mudah.Itulah bezanya antara sang hamba dan Penciptanya.
Kenapa aku bermula dari sifar??Sebab jatuh yang aku rasa seperti jatuh dalam gaung tu..Tak ku kisah akan jatuh dalam hal keduniaan.Tapi dalam hal yang lebih penting dan lebih pasti dari itu..Benar firmanNya,ujian itu diberikan mengikut kesesuaian si tuan empunya badan.Samaada hati, mahu membenarkan sekudusnya, ataupun masih memainkan ego untuk menidakkan semua itu.Pujuklah hati,basuhlah ia.Dan memang seharusnya aku bermula dari sifar kerana aku sendiri pernah mencampakkan segala-galanya..Mematahkan sendi-sendi asas yang aku bina dulu..Merenyuk-remukkan segala-galanya.Tak mampu aku kawal, apakan daya.

Barangkali benar kata2; IT IS NOT EASY TO BUILT, IT IS EASY TO THROW IT ALL AWAY..PERHAPS, THE REASON WHY IT IS EASY TO THROW AWAY IS BECAUSE THE FOUNDATION IS NOT GOOD WHEN YOU BUILT IT.

Aku gagahkan diri untuk membina kembali kegemilangan itu.Aku kutip sisa2 semangat yang  ada dan cantumkan ia kembali.Aku pasakkan kembali sendi2 itu dengan harapnya tak roboh sebegini rupa lagi.Ilmu,keluarga,iman itu adalah kata kunci untuk mengisi 6 lapangan perancangan hidup:
1)Kerohanian
2)Ilmu
3)Kesihatan
4)Kewangan
5)Keluarga
6)Kerjaya



Wahai seketul hati..kembalilah kepada fitrah.Duduklah akan dikau di singgahsanamu dengan tenang.JANGAN BERSEDIH DAN CEMAS.


Permulaan

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Syukur kerana dengan izinNya tergerak hati aku untuk memulakan benda.
Menulis melalui blog dengan tujuan berkongsi ilmu aku fikirkan satu perkara mulia memandangkan ilmu itu bukanlah bersifat statik.Lagi kita kongsi, lagi merimbun bunga dan buahnya..
Enygma-->aku tujukan kepada diriku yang aku sendiri susah nak ngerti tapi itulah anugerah berharga yang Allah kurnia dalam hidup ini.
Aku harap apa yang aku kongsikan selepas ini  akan membawa bibit-bibit keberkatan dan keredhaan Allah semata-mata kerana tiada yang pasti untuk dicari di dunia ini.
InsyaAllah, suatu kata-kata yang sentiasa mengiringi aku dan bukan lagu Maher Zain semata-mata..Tanpa izinNya, tiada daya kita walau sekuat mana kita.
Semoga permulaan yang baik ini akan berpanjangan dan lestari.



Dan..secara realistiknya, aku dedikasikan blog ini buat keluarga tercinta..Bondaku,Salbiah bt. Sulaiman, Ayahandaku:Mohd Hamdan Bin Abd.Rahim, Adik2 ku:Abd Razak,Mohd Khairul Anam,Mohd Shahir, Nurul Akma, Nurul Izzati..kerana tiada siapa yang pasti kita akan ketemu lagi di alam selepas ini..Hidup aku akan kuperjuangkan demi kalian.Moga tak kulupa..InshaAllah..
Kenang daku dalam doamu.


Dan yang terakhirnya..aku kirimkan melodi ini buat tatapan semua.InsyaAllah by Maher Zain