Blogger Layouts

Sunday, February 13, 2011

SAYA JATUH DAN SAYA MULA DARI SIFAR

Semua orang pernah jatuh. Semenjak dari kita dari bertatih belajar untuk berjalan sehingga dewasa.Jatuh itulah yang mendewasakan kita xkira seteruk mana yang kita rasa, samaada hanya tersadung tunggul;tersempat lalu kepala mengenai batu ;mahupun terjerumus dalam gaung yang gelap membuatkan diri berasa lemas..Itu namanya UJIAN..sudah tersurat.Untuk kita ungkai yang tersirat..untuk kita nikmati kemanisan buah hikmah andai setulus hati kita muhasabah akan ia..

Otak aku cedera lagi..itulah ujian buat aku.Frasa itu hanya simbolik kepada kekompleksan pemikiran yang berlaku dalam kepala ini dan menggambarkan kekompleksan penciptaan otak itu sendiri.Sehebat mana komputer yang dicipta oleh manusia, xkan termampu juga untuk menandingi seketul organ yang ada hipotalamus tuh..Bagi Allah, itu amat mudah.Itulah bezanya antara sang hamba dan Penciptanya.
Kenapa aku bermula dari sifar??Sebab jatuh yang aku rasa seperti jatuh dalam gaung tu..Tak ku kisah akan jatuh dalam hal keduniaan.Tapi dalam hal yang lebih penting dan lebih pasti dari itu..Benar firmanNya,ujian itu diberikan mengikut kesesuaian si tuan empunya badan.Samaada hati, mahu membenarkan sekudusnya, ataupun masih memainkan ego untuk menidakkan semua itu.Pujuklah hati,basuhlah ia.Dan memang seharusnya aku bermula dari sifar kerana aku sendiri pernah mencampakkan segala-galanya..Mematahkan sendi-sendi asas yang aku bina dulu..Merenyuk-remukkan segala-galanya.Tak mampu aku kawal, apakan daya.

Barangkali benar kata2; IT IS NOT EASY TO BUILT, IT IS EASY TO THROW IT ALL AWAY..PERHAPS, THE REASON WHY IT IS EASY TO THROW AWAY IS BECAUSE THE FOUNDATION IS NOT GOOD WHEN YOU BUILT IT.

Aku gagahkan diri untuk membina kembali kegemilangan itu.Aku kutip sisa2 semangat yang  ada dan cantumkan ia kembali.Aku pasakkan kembali sendi2 itu dengan harapnya tak roboh sebegini rupa lagi.Ilmu,keluarga,iman itu adalah kata kunci untuk mengisi 6 lapangan perancangan hidup:
1)Kerohanian
2)Ilmu
3)Kesihatan
4)Kewangan
5)Keluarga
6)Kerjaya



Wahai seketul hati..kembalilah kepada fitrah.Duduklah akan dikau di singgahsanamu dengan tenang.JANGAN BERSEDIH DAN CEMAS.


No comments:

Post a Comment